Friday, April 1, 2011

BATIK

Para GC yang dihormati,

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Pemanduan dan Pentadbiran Bil. 1/2011, pada 22 Februari, 2011 bayaran hendaklah dibuat kepada wakil mengikut zon seperti berikut;

Zon Hulu Kelang, Pn.Saadiah bt Mustam ( SMKHulu Kelang )
Zon Gombak, Pn.Norhanah ( SMK Seri Selayang )
Zon Kuang, Pn.Malisah ( SMKBB Sungai Buluh )
Zon Rawang, Pn.Marina (SBPI Rawang )

Amatlah diharap para GC dapat menyegerakan bayaran supaya tempahan dapat dibuat dalam masa terdekat.
Terima kasih.

Thursday, February 17, 2011

KAJIAN TINDAKAN MGC GOMBAK


Makluman kpd GC Gombak: 

MGC Gombak 2010 berusaha utk mengkompilasi laporan kajian tindakan yang dibuat oleh GC pada tahun ini. Besarlah harapan MGC Gombak agar hasrat ini tercapai dan kerjasama semua pihak amatlah dihargai. Oleh itu, mulakanlah merangka dan menulis cadangan kajian sehingga terhasil sebuah laporan kajian tindakan yang mampu meningkatkan prestasi anak didik kita. Insya Allah.


-YDP-
7/1/2011 (facebook guru cemerlang)


Tarikh hantar proposal: 31 Mac, 2011
Muka Depan                 : warna pink
Hantar kepada             : AJK mata pelajaran 
                                         (seterusnya dihantar kepada Puan Wahida untuk
                                         dikumpul dan dihantar ke PPD pada minggu pertama April).




Tuesday, February 15, 2011

MESYUARAT PEMANDUAN DAN PENTADBIRAN GURU CEMERLANG GOMBAK BIL.1 2011

Tarikh      :      22 Februari, 2011 (Selasa)
Masa       :      2.00 petang
Tempat    :      Dewan Latihan PPD, SK Taman Prima

*Surat sudah dimasukkan ke dalam pigeon hole sekolah masing-masing.

oleh Puan Maimunah bt. Mustafa melalui facebook Majlis Guru Cemerlang 15/2/2011.


Friday, February 11, 2011

LAPORAN AKTIVITI 2010

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Perhatian kepada para GC daerah Gombak,

MGC sedang mengumpulkan laporan program-program yang telah dilaksanakan pada tahun 2010 untuk tujuan dokumentasi. Harap dapatlah kiranya para GC menyenaraikan semua aktiviti yang telah tuan-tuan dan puan-puan laksanakan pada tahun lepas seperti format berikut dan emelkan kepada Setiausaha di alamat roseflow68@yahoo.com dengan kadar segera.


PANITIA BAHASA INGGERIS
LAPORAN AKTIVITI 2010
BIL
AKTIVITI
SASARAN
TARIKH
TEMPAT
1
‘The Fifth Skill’
Guru Sekolah Menengah
2 Jun 2010
SMK Bdr Baru Sg. Buloh
2
‘Creative Writing’
Guru Sekolah Rendah
3 Jun 2010
SMK Bdr Baru Sg. Buloh
3
Kem Kesusasteraan Inggeris
Pelajar Ting. 5
26 Jun 2010
Dewan, SMK Darul Ehsan


Kerjasama anda semua didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.